Saturday 23 July 2011

Gemerlapan

hye bloggers..
mesti korang tertanye2 ape kaitan perkataan gemerlapan dengan kehidupan aku kan??
ha??xtau gemerlapan tu ape?gemerlapan tu bukan la huruf lapan..dan juga bukan sejenis kueh yang dijual di tepi2 jalan..ok..gemerlapan bermaksud berkilat atau berkilauan..
so, ape kaitannye dangan aku kan??aku berkilau ke?beli emas baru?or jumpe M.Daud Kilau?
NO!!!
actually,aku skang tgh gile nak tgk crite gemerlapan..haa..msti korg x tau crite tu kan??
crite tu dah lame..tahun 1997...dulu aku suke gileeeeeeeeeeeee citer tu..
tibe2 skang gian nak tgk..ak bangun pkol 2 pagi semata2 nak download citer tu..coz mase tu line laju sket..
nie poster dye..Lan tgh ensem lg..


berbalik kat citer dy plk..nie sinopsisnye :



Filem Gemerlapan mengisahkan seorang remaja Mimi (Baby Res’2) yang menggemari muzik dangdut. Kehadirannya di sebuah kolej elit telah menimbulkan pelbagai reaksi. Antaranya, Mel (Lan A to Z) yang merasakan muzik dangdut agak kekampungan dan Pam (Maya) yang bimbang popularitinya akan tergugat. Ketibaan seorang pelajar baru Mr. X (Shafi Khan) menyemarakkan lagi persaingan di antara mereka semua. Lama-kelamaan, Mel mulai menyukai Mimi dan selalu menghantar kad-kad misteri kepadanya. Suatu hari, pihak kolej telah mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.
Pam yakin dapat mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya tahun lepas dan dia juga cuba menyekat Mimi dari menyertai pertandingan itu kerana bimbang dia akan ditewaskan oleh Mimi. Walau bagaimanapun, rancangan jahat Pam diketahui oleh Mimi dan dia telah membalas perbuatan tersebut sehingga Pam gagal dalam pertandingan itu. Kerana begitu marah, Pam telah memotong bekalan elektrik semasa Mel sedang membuat persembahan. Mel kemudiannya mencapai sebuah gitar lalu menyanyikan sebuah lagu yang senikatanya terdapat dalam kad-kad yang diterima oleh Mimi.
Akhirnya, keputusan pertandingan pun diumumkan di mana Mimi telah memenangi pertandingan itu dan dia berkongsi kemenangannya dengan Mel. Tidak lama kemudian, mereka semua pun tamat pengajian dan menerima diploma masing-masing. Filem Gemerlapan ini diarahkan oleh Prof. Madya A. Razak Mohaideen.
hehe..aku copy paste jek, senang..
ok u all, take care, bye...



No comments: